About Me

My photo
Bachok, Kelantan, Malaysia

Friday, November 7, 2014

Angel & Tilapia


Ini pula generasi kelima.. mungkin yang terakhir.. dalam akuarium ni, ada seekor ikan angel dan 4 ekor tilapia merah.. aku pun tak tau macam mana boleh aku berminat dengan ikan angel.. sebab jenis ikan ni memang tidak jinak macam ikan kaloi.. kalau nak harap makan kat tangan macam CINONET, baik lupakan.. memang takkan jadi la kot.. tapi.. apa2 pun aku masih mengkaji.. Aku panggil dia ANGEL..

Ikan tilapia pula.. aku ingat nak pelihara buat makan je.. orang kata ikan ni cepat besar.. jadi.. bila dah besar, apa lagi.. buat 3 rasa la.. huhuhu.. tapi tengok gak warnanya.. kalu unik .. lawa .. jinak pulak tu.. aku letak je dalam akuarium besar.. aku nak tengok sampai besar mana dia boleh besar..!

Update 28/08/15
- Angel dah lama mati.. yang tinggal pun cuma talapia sekor je.. aku namakan dia CINOMI.. dari besar ibu jari, sekarang dah saiz 2 jari.. harap CINOMI dapat bertahan.. emm..

Cimolet


Ini pula CIMOLET.. generasi keempat.. dibeli setelah kematian ikan oskar hitam.. yang diberi nama CINOKI.. dia ni memang agresif.. jenis ikan flowerhorn yang termasyur suatu ketika dulu.. saiz baru sebesar ibu jari.. tapi dah makan bersuap.. perangai sama macam cinonet.. bila 'time' makan, tak diam duk langgar dinding.. aku harap boleh pelihara sampai besar la.. mana tau.. bila dia besar nanti, nama ikan ni naik balik macam dulu2.. boleh buat bertanding.. tak dapat hadiah pertama, cabutan bertuah pun jadi..

Oh.. lupa nak citer.. nama CIMOLET tu spontan dapat.. bila aku bawak balik dia.. aku letak dalam akuarium tepi CINONET.. memang nampak dia keCIK MOLEK.. jadi singkatan dari tu.. aku namakan dia CIMOLET.!

Update 28/08/15
- CIMOLET juga dah lama mati.. tak dapat dikesan kenapa ia mati.. makan cukup.. oksigen cukup.. mungkin faktor air.. emm..

Guppy


Ini pula dikira generasi ketiga.. dalam generasi ni aku nak buat kelainan sikit.. aku nak cuba pelihara ikan yang boleh letak banyak dalam akuarium.. sebab kalau nak pelihara kaloi, memang tak boleh campur la jawabnya.. jadi aku pelihara ikan guppy.. dalam kajian aku, ikan ni mudah membiak.. jadi aku beli 9 ekor semuanya.. 2 je betina 7 jantan.. tapi.. sekor demi sekor mati.. aku pun tak tau kenapa.. air dah cuci.. anti klorin pun dah.. garam ikan pun dah.. buntu.. akhirnya kini kekal dengan 1 betina 3 jantan.. harap kekal lama dan membiak la geng korang..

Cinamon


Ini pula ikan aku generasi kedua.. ikan kaloi jugak.. jenis kaloi merah @ albino.. ikan ni 'special' dari ikan kaloi biasa kerana siripnya bewarna kemerahan.. matanya pula memang betul2 merah.. ikan ini dibeli setelah kematian ikan kaloi sabah dan seekor ikan angel.. setakat ni dia amat jinak.. tapi tidak semanja CINONET yang sudah boleh makan suap.. isteri aku menamakan dia CINAMON.. aku pun tak tau mana datangnya nama tu.. tapi aku rasa macam ada kaitan dengan bahan masakan kat dapur.. huhuhu..

Cinonet


Ini ikan dari generasi pertama peliharaan aku.. ikan kaloi emas @ indo.. sebenarnya kalau nak dikira.. ikan ni dah jadi generasi kedua.. sebab ikan kaloi yang aku pelihara dari tahun 2003 telah mati pada tahun 2008.. 5 tahun aku pelihara.. dari saiz 3 jari.. hinggalah sebesar pinggan makan.!

Lepas matinya ikan kaloi tu.. aku mula tawar hati nak pelihara ikan.. sehinggalah hobi aku ni tetiba je timbul balik.. aku pun cari ikan kaloi jugak la.. sebab dah ada pengalaman kan.. seingat aku.. masa tu 2013.. saiz sebesar 3 jari jugak aku beli.. sekarang dah sebesar tapak tangan.. jinak sangat2.. aku namakan dia sempena nama ikan pertama aku yang dah arwah dulu.. CINONET..

Hobi aku..

Ramai orang tak tau.. tapi keluarga terdekat aku dah lama tau ni.. hobi aku membela ikan.. aku suka tengok ikan berenang.. apatah lagi yang manja dengan kita.. nak buat manja ni la yang susah.. ramai yang beli ikan kat kedai.. pastu letak dalam akuarium.. bagi makan hari2.. bila dah besar.. time bagi makan pun ikan lari.. langsung tak kenal tuannya.!

Sebenarnya nak bela ikan pastu bagi dia jinak dan manja dengan kita perlu ada ilmu.. caranya.? aku malas nak cite.. hasil daripada bacaan dalam internet.. dan kajian demi kajian.. sehingga tak terkira dah berapa ekor ikan yang kantoi (mati).. akhirnya berhasil.. memang semua ikan aku jinak dengan aku.. apatah lagi 'time' makan.. boleh suap tu..

Lamanya..

Dah lama.. dah lama.. dah lama.. memang dah lama sangat aku tak buka blog ni.. apetah lagi me 'update' kannya.. hari ni tetiba je terlintas.. masih hidup lagi ke blog aku.? mungkin dah di 'terminate' oleh sistem kot.. tapi.. bila buka.. ok je.. jadi aku mula la membebel kat sini sekali lagi.. hahaha