About Me

My photo
Bachok, Kelantan, Malaysia

Friday, December 23, 2011

Kelantan Vs Persebaya

Aloh.. memang kecewa.. ingatkan ada pemain import ni.. boleh la ganyang Persebaya tu.. tapi hampeh.. pemain import langsung tak jadi.. kalau nak di nilai.. baik lagi pemain yang derhaka 3 orang tu.. Indra, Farhan dgn Azizi.. tapi.. Azizi dengan Idlan emosi sangat malam ni.. releks la beb.. persahabatan pun otak gak ke.. keputusan 1-1 yang langsung tak membanggakan..

Thursday, December 22, 2011

Adik Daftar Poli

Selesai je majlis meminang.. kitorang terus bertolak ke Melaka.. esoknya nak mendaftar adik aku masuk poli.. kat Merlimau.. drive dalam 2 jam.. sampai la kitorang kat bandar Melaka.. malamnya kitorang pi jalan jalan kat Tesco Melaka.. pastu pi makan kat Malim Ikan Bakar.. esoknya selepas selesai pendaftaran masuk adik aku.. kitorang pi jalan jalan kat Zoo Melaka.. sakit urat berjalan berkilo kilo meter ni.. sedar tak sedar sesat pulak tu.. tak jumpa cari jalan kuar.. ade ke patut.. hahaha.. malamnya tido awal dari biasa.. esok pagi nak bertolak pulang la pulak..

Urusan Peminangan Selamat

Alhamdulillah.. akhirnya.. setelah melalui jalan yang berliku liku.. kerana semata mata mahu menjimatkan kos pembayaran tol.. kitorang sampai jugak ke Bahau.. nasib baik la kitorang dapat menginap kat homestay yang terbaik punye.. puas hati walau letih beb.. esoknya.. upacara meminang bakal 'adik ipar'ku berlangsung.. nasib baik la dia orang tak berpantun pantun cam dalam tv tu.. aku takut gak.. mana tau adat dia orang kan.. selesai je majlis menyarung cincin.. kitorang di jamu dengan hidangan yang lazat banget.. masak lemak cili api tu.. walaupun pedas.. best tu..

Thursday, December 8, 2011

Jam 4:40 AM

Dalam sedar tak sedar.. dah nak dekat subuh ni.. aku dah tak larat nak sambung main net.. esok pagi jumaat.. walaupun aku cuti.. dah banyak planing nak buat esok.. nak baiki katil rosak.. nak basuh kasut yang dah berbulan tak basuh.. ish3.. entah2 plan tinggal plan.. dah masa ni tak tido lagi.. bangun kul bape la esok gamaknye ni.. emm.. whatever la..

Aku Tak Bodoh

Aku baru je tengok citer ni.. mula2 tengok tajuk.. dah tau citer ni cam betul2 bodoh.. tapi aku silap.. lepas aku tengok, aku dapat rasa.. apa yang penulis citer ni nak sampaikan.. memang best citer ni.. ia mengingatkan aku pada masa lampau.. sama macam aku masa sekolah dulu.. ma abah suruh aku belajar.. aku main2.. dan kalau aku tak main2.. takde la aku jadi cam aku sekarang ni.. mungkin aku dah jadi lowyer ke.. majistret ke.. doktor ke.. emm.. whatever la..